Peristiwa JamadilAkhir
Peristiwa Jamadil Akhir
KEHEBATAN tentera Islam pada zaman Rasulullah tercatat dengan nyata dalam lipatan sejarah Islam. Kekuatan mereka bukan terletak pada jumlah tentera yang ramai, tetapi keazaman, kesungguhan serta ketakwaan dan keimanan yang kuat kepada Allah.Hal ini dibuktikan dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam. Tentera Rom disertai lebih 100,000 orang kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu. Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin Al Walid dan Abu ‘Ubaidah. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.Peperangan ini adalah antara peristiwa penting yang berlaku pada Jamadilakhir. Peristiwa lain termasuk: l Peperangan ‘Zi Qarad’ pada tahun keenam Hijrah. Pada peperangan itu Nabi Muhammad menunaikan solat Al khauf (solat ketika ketakutan). Baginda menghadap ke arah kiblat dengan sekumpulan sahabat berbaris di belakang Rasulullah, sementara sekumpulan lagi mengawal menghadapi musuh. Rasulullah bersolat dengan kumpulan pertama satu rakaat dengan dua kali sujud, kemudian diikuti kumpulan kedua. Lalu, mereka mengikuti Baginda yang masih berada dalam rakaat kedua. Mereka bersama Baginda mengerjakan rakaat itu hingga Rasulullah memberi salam. Nabi mengerjakan dua rakaat dan bagi setiap kumpulan berjemaah bersama Baginda satu rakaat. l Peperangan ‘Zat As Salasil’ pada tahun kelapan Hijrah. Peperangan itu bermula kerana sekumpulan daripada kaum Baliy dan Qudha’ah berkumpul untuk menyerang Madinah. Lalu Baginda melantik ‘Amr bin Al ‘As mengetuai satu angkatan yang disertai 300 sahabat yang membawa bendera berwarna putih. Mereka berjalan pada malam hari secara biasa dan dalam keadaan bersembunyi pada siang hari. Bersama-sama dalam kumpulan itu ialah 30 penunggang kuda. Kumpulan itu bergerak hingga ke tempat mereka di sebuah oasis yang bernama ‘Juzam’ yang juga dikenali sebagai ‘Salasil’. Apabila tiba di sana, mereka mendapati tentera musuh terlalu ramai. Mereka kemudian meminta bantuan daripada Rasulullah.Baginda menghantar sepasukan bantuan seramai 200 orang yang dipimpin oleh Abu ‘Ubaidah ‘Amir bin Al Jarrah. Abu Bakar As Siddiq dan Umar bin Al Khattab turut dalam pasukan itu membawa tentera masing-masing, menjadikan tentera Islam semuanya berjumlah 500 orang. Kedua-dua tentera bertempur dan akhirnya kemenangan berpihak pada tentera Islam. l Abu Bakar As Siddiq keluar bersama sahabat pada tahun ke-11 Hijrah ke daerah ‘Zi Al Qussah’ untuk memerangi orang murtad – keluar daripada Islam. Tempat itu sejauh 24 malam dari kota Madinah. Abu Bakar melantik Sinan Ad Dhumariy bagi menjaga kota Madinah. l Kematian Abu Bakar As Siddiq pada Isnin, 22 Jamadilakhir tahun ke-13 Hijrah selepas sakit selama 15 hari. Abu Bakar meninggal dunia ketika berusia 63 tahun selepas memerintah selama dua tahun, tiga bulan dan 10 malam. l Pelantikan Umar bin Al Khattab sebagai khalifah pada tahun ke-13 Hijrah bersamaan tahun 634 Masihi. l Tibanya bantuan daripada Khalifah Umar bin Al Khattab kepada ‘Amr bin Al ‘As di Mesir pada tahun ke-20 Hijrah. Tentera Islam dipimpin oleh Az Zubair bin Al ‘Awwam, Al Miqdad bin Al Aswad, ‘Ubadah bin As Samit dan Maslamah bin Makhlad. l Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah, Iraq pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mu’minin Ali bin Abi Talib. Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya ‘Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang diketuai oleh ‘Aisyah binti Abi Bakar, Talhah bin Ubaidillah dan Az Zubair bin Al ‘Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan Usman bin Affan. Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali bin Abi Talib. Ada pendapat yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada Jamadilawal. l Pada tahun ke-64 Hijrah, Amir Makkah, Abdullah bin Az Zubair memulakan pembinaan Kaabah selepas dibakar dan tembak oleh orang Syam dengan peluru. l Khalifah Harun Ar Rashid memerangi Rom pada tahun 165 Hijrah yang berakhir dengan perjanjian damai selama tiga tahun.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home